Rumusan

Ringkasannya, Web 2.0 merupakan sumber yang kaya dengan maklumat dan rancak digunapakai oleh masyarakat dan komuniti pada masa kini baik secara dalaman untuk mendapatkan pengetahuan ataupun secara luaran untuk mencipta komuniti pelanggan. Gelombang Web 2.0 yang melanda dunia pada hari ini telah memberi kesan kepada sistem ekonomi sosial serta politik antarabangsa. Revolusi Teknologi Internet pula telah membuka lembaran baru mengenai cara hidup serta cara berkomunikasi masyarakat global. Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi Internet dari Web yang berbentuk statik kepada Web yang lebih interaktif, dinamik serta fleksibel malah kandungannya jula lebih menarik dan pelbagai. Web 2.0 menekankan konsep komunikasi Web secara dua hala. Dahulunya Web berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara sahaja namun kini dengan pengenalan baru seperti laman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian ini menjadi lebih luas dan terbuka merentasi batas sempana Negara.