Aplikasi-Aplikasi Web 2.0

"While the first wave of the Web was closely tied to the browser, the second wave extends applications across the web and enables a new generation of services and business opportunities." (Tim O'Reilly, 2004)
















BLOG
Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel. Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):

1.Blogger                         2.  WordPress
Contoh blog:                      
Contoh wordpress:
fazleephixel.blogspot.com                   www.infomalaya.com
almarbawi.blogspot.com                      huzairy.wordpress.com
kirul-tv.blogspot.com                            www.amanz.net


WIKIPEDIA
Wikipedia merupakan ensiklopedia isi bebas yang dimulai pada tahun 2001 (versi bahasa Indonesia dimulai pada tahun 2003). Artikel-artikel di Wikipedia merupakan hasil kolaborasi oleh para penyumbangsih dari seluruh dunia. Laman ini merupakan laman wiki, yang bermaksud siapapun dapat menyunting artikel, memperbaiki dan menambahkan informasi, hanya dengan menekan “edit link” yang berada di atas setiap halaman. 
       Wikipedia merupakan tanda niaga dari Wikimedia Foundation, Inc. yang juga telah membuat keseluruhan keluarga Wikipedia, antara lain Wikiquote, Wiktionary, Wikisource, Wikibooks dan Wikinews. Di Wikipedia dan projeknya yang lain.
        Wikipedia dicipta pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales, Larry Sanger, dan beberapa kolaborator bahasa Inggeris yang berminat. Kini ada 13.000 kontributor aktif yang mengerjakan 7.000.000 artikel dalam lebih dari 250 bahasa. Setakat ini terdapat 91.040 artikel dalam bahasa Indonesia. Setiap harinya ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia membuat puluhan ribu suntingan dan membuat ribuan artikel baru di Wikipedia berbahasa Inggeris.
        Semua teks dalam Wikipedia, dan kebanyakan gambar serta isi lainnya, dilindung oleh GFDL. Kontribusi tetap merupakan hak dari pembuatnya, sementara izin GFDL memastikan isinya akan tetap dapat diedarkan secara percuma dan memungkinkan untuk diproduksikan.


PODCAST
Podcast terbentuk dari gabungan perkataan "POD" dan "CAST". POD adalah akronim dari perkataan "Personal On Demand". Berbeza dengan tv atau radio yang bergantung pada jadual aturcara, dengan podcast kita tidak perlu menunggu sesuatu untuk ditayang atau diperdengarkan.Podcast, satu teknologi yang membolehkan gajet pemain media mudah alih dan juga komputer memuat turun bukan sahaja audio tetapi juga video daripada internet. Kandungan podcast ini akan dikemaskini secara automatik apabila terdapat sebarang input atau masukan baru daripada sumber ataupun penyedia perkhidmatan tersebut dan ianya menggunakan teknologi protokol RSS seperti Web Feeds. Satu syarikat yang terkemuka dunia hari ini iaitu Apple, yang mana gajetnya Apple Ipod merupakan yang pertama menggunakan teknologi ini. Teknologi ini terus berkembang dari hari ke hari dan penggunaannya begitu popular digunapakai dalam sistem pendidikan. Ianya digunakan sebagai saluran menyebarkan maklumat terutamanya bagi para tenaga pengajar menyiarkan video tutorial, rakaman televisyen serta contoh tugasan melalui fungsian paparan gajet melalui teknologi ini. 



RANGKAIAN SOSIAL (Social Network)
    Mengikut kamus wikipedia, rangkaian sosial (social network) adalah suatu struktur sosial yang terdiri daripada individu atau organisasi yang dihubungkan antara satu sama lain berasaskan persamaan atau ikatan tertentu contohnya seperti persahabatan, hobi, karier, cara hidup, kepercayaan, perkongsian ilmu atau kedudukan. Satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.
   Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah: