Ciri-Ciri Web 2.0


Web sebagai Platform (the web as platform)
Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web atau Internet sebagai platformnya. Apakah yang dimaksudkan dengan Platform? Platform disini bermaksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan dan contoh Platform yang selalu digunapakai dan terkenal ialah Windows dimana aplikasi seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan sebagainya ada terdapat didalamnya. Menggunakan Internet sebagai Platform bermaksud aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan secara langsung diatas Internet tanpa menggunakan mana-mana sistem operasi tertentu. Contoh terbaik adalah Google yang mana ianya boleh diakses dari mana-mana sistem operasi. Contoh lainnya adalah Yahoo, Flickr dan sebagainya. Kelebihannya jelas ternyata kerana Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi oleh mana-mana sistem operasi pada Windows bahkan paling mudah untuk digunakan kerana kita tidak perlu untuk meng ‘install’ apa-apa pun untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini. 

Memanafaatkan Kecerdasan Kolektif 
(harnesing collective intelligence)
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang unik, iaitu memanfaatkan kepandaian dari orang ramai secara kolektif. Sebagai hasilnya muncul pengetahuan asas yang sangat besar hasil gabungan dari pengetahuan orang ramai dan contoh yang jelas adalah daripada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedi online yang membolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel yang dikongsi. Ianya menghasilkan ensiklopedi online yang besar yang sangat lengkap artikelnya, bahkan lebih lengkap daripada ensiklopedi komersial seperti Encarta. ‘Blogosphere’ juga merupakan contoh kepandaian kolektif kerana membolehkan setiap orang menulis blog-nya sendiri dan saling berkongsi link di antara satu sama lain untuk membentuk jaringan pengetahuan, mirip seperti sel-sel otak kita yang saling terkait diantara satu sama lain.



Data adalah ‘Intel’ dalaman seterusnya (Data is the Next Intel Inside)
Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang terhasil sentiasa disokong oleh asas data yang kuat dan unik. Contohnya adalah Google yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan penterjemahan data dari halaman-halaman Web di Internet. Contoh lainnya adalah Amazon yang memiliki data buku yang luas dan bukan hanya lengkap tetapi juga penuh dengan maklumat seperti mengulas sesebuah buku, penilaian sesebuah buku dari pengguna, link ke buku-buku lain, dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan perusahaan yang unggul adalah perusahaan yang dapat menguasai data itu sendiri.



Berakhirnya kitaran keluaran perisian (End of the Software Release Cycle)
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform ‘lama’ seperti Windows. Aplikasi Windows biasanya ditukar setiap dua atau tiga tahun sekali misalnya Microsoft Office yang memiliki versi 95, 97, 2000, XP, 2003, 2007 dan yang terbaru adalah 2010. Secara am nya aplikasi Web 2.0 selalu di kemaskini terus menerus kerana sifatnya yang bukan lagi produk sebaliknya ‘Platform’. Google misalnya sentiasa mengemaskini maklumat dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu tertentu.



Model Pengatucaraan yang Ringan (Lightweight Programming Models)
Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pengatucaraan yang ‘ringan’ seperti AJAX (Javascript dan XML) dan RSS. Dengan menggunakan model pengatucaraan yang ringan, ini memudahkan orang ramai untuk mengguna pakai perkhidmatan Web ini untuk membentuk perkhidmatan Web yang baru. Contohnya adalah Google Maps yang dengan mudah dapat digunakan oleh orang ramai untuk membentuk Web perkhidmatan yang baru dan hasilnya muncul pula Web perkhidmatan seperti HousingMaps yang menggabungkan Web Google Maps dengan Craigslist. Web perkhidmatan seperti ini yang menggabungkan web dari aplikasi-aplikasi lainnya dikenal dengan istilah ‘mashup’. 


Perisian di tingkat atas sebagai Peranti Tunggal (Software Above the Level of a Single Device)

Aplikasi Web 2.0 boleh beroperasi secara integrasi melalui pelbagai peranti. Contohnya adalah iTunes dari Apple yang beroperasi secara integrasi bermula dari server Internet (dalam bentuk muzik online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), dan dihantar ke peranti telefon (dalam bentuk iPod). Di masa hadapan dianggarkan semakin banyak aplikasi-aplikasi yang memiliki sifat sebegini berleluasa digunakan.



Pengguna Kaya Pengalaman (Rich User Experiences)

Aplikasi Web 2.0 memiliki antara muka pengguna (user interface) yang kaya meskipun beroperasi di dalam ‘browser’ sahaja. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi Internet memiliki waktu maklum balas yang cepat dan ‘user interface’ yang intuitif mirip seperti aplikasi Windows yang di-‘install’ di dalam komputer kita. Contohnya adalah Gmail, aplikasi email dari Google yang memiliki revolusi ‘user interface’. Contoh lainnya adalah Google Maps yang mana meskipun beroperasi dalam browser namun masih boleh memberikan maklum balas yang cepat ketika pengguna menjelajahi petanya. Apakah sesuatu aplikasi harus memiliki ketujuh-tujuh ciri diatas untuk dikenali sebagai Web 2.0? Jawabannya adalah tidak, namun semakin banyak ciri-ciri yang dimiliki bererti aplikasi itu semakin menghampiri definisi Web 2.0. Meskipun contoh-contoh yang diberikan di atas diperolehi daripada Google, tetapi sebenarnya masih banyak lagi ciri-ciri aplikasi Web 2.0 yang lain. Di kesempatan lainnya kita akan dapat melihat contoh aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang sedang berkembang pada saat ini.